© 2019 HAEMEHASHIM & CO.

HAEMEHASHIM & CO. ADALAH FIRMA GUAMAN DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA

CORPORATE ADVISORY & SERVICES PRACTICE GROUP 

HaemeSecretaries memberikan pelbagai khidmat kepada perniagaan dan skop kami termasuk nasihat pematuhan entiti undang-undang yang berkaitan, keperluan pelesenan, undang-undang dan peraturan yang berkaitan, insentif pelaburan, keperluan ekuiti dan modal, keperluan tanah, perlindungan hak harta intelek dan undang-undang pekerjaan.
Oleh kerana sebahagian besar ahli Haeme
Secretaries kami juga sebahagian daripada HaemeLawyers (peguam yang berkelayakan) kami turut berupaya memberikan nasihat undang-undang dan profesional kepada pelanggan kami.

KHIDMAT SEKRETARIAL

Portfolio Perkhidmatan

Penubuhan Syarikat

Khidmat sekretarial kami memastikan syarikat klien kami mematuhi undang-undang dan peraturan syarikat di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016 serta lain-lain undang-undang berkaitan.


Ia adalah satu rangkaian perkhidmatan kepada pelanggan dalam menubuhkan syarikat baharu, menyediakan resolusi yang diperlukan, memberikan bantuan dan perundingan kepada lembaga pengarah.

Setiausaha

Syarikat

Di bawah Akta Syarikat 2016, setiap syarikat dikehendaki melantik Setiausaha Syarikat yang merupakan pemastautin Malaysia dan ahli mana-mana badan profesional yang ditetapkan atau dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

HaemeSecretaries dilesenkan oleh SSM untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan setiausaha syarikat kepada pelanggan kami. Pasukan profesional kami memahami isu perniagaan anda dan memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam keperluan tadbir urus korporat anda.

Francais & Pelesenan Niaga

Francais adalah salah satu kaedah yang paling cepat dan berjaya untuk mengembangkan perniagaan dan menembusi pasaran di Malaysia.

 

Juga, lesen khas diperlukan untuk perniagaan francais anda beroperasi sebaik sahaja ia dilancarkan.

 

HaemeSecretaries kami akan membantu anda dengan permohonan lesen kepada pelbagai badan kerajaan termasuk Pendaftaran Francais (Franchise Registry),  dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

PKS & Startup

HaemeSecretaries mempunyai kecekapan dan kepakaran yang diperlukan untuk memberi nasihat dan membantu pelanggan kami secara menyeluruh di semua peringkat kitaran hayat perniagaan.


Setelah berkhidmat dengan banyak perniagaan kecil dan sederhana, syarikat multinasional, syarikat berhad dan syarikat permulaan (startups), penyelesaian kesetiausahaan syarikat kami meliputi pelbagai perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh para profesional yang berpengalaman.

Urusan

Imigresen & Ekspatriat

Perkhidmatan imigresen untuk perniagaan, keluarga & individu turut ditawarkan.

HaemeSecretaries akan membantu anda menyampaikan khidmat penuh dalam urusan imigresen di Malaysia.

Our Corporate Affiliate

UAE | Switzerland | Cyprus